Thursday, October 28, 2010

Berita Hari Ini

Pada pagi ini, seperti biasa mama zara bangun dan bersiap untuk pergi kerja
Mama zara juga telah membancuh milo untuk suami tersayang
Zara telah bangun pada waktu ini
Beliau baring2 manja di atas katil, sambil melihat mama nya bersiap
Mama zara sudah menyarung tudung di kepala
Dan menyembur wangian kesukaan pemberian suami terchinta
Tiba2 mama zara teringat...
Upppss...tak tukar pampers zara lagi..
Maka, mama zara pon mengambil pampers baru dan dibawanya ke bilik
Diletakkan pampers itu di sebelah zara dan dibukanya pampers zara yang sedang dipakai
Alamak...zara poo poo..
Maka, mama zara pon menjegilkan matanya kepada zara seraya berkata ...O, zara berak eh..mama da siap ni tau
Zara hanya mampu tersenyum dan tersengih
Sekian berita untuk hari ini.
Terima kasih zara

1 comment:

  1. biasa laa tu..poo poo di pgi hari adalah nikmat!!!!

    ReplyDelete